Sunday, 22 February 2015

Proses Migrasi Meter Air Pukal Ke Meter Air Individu

Dalam Mesyuarat Agong Tahunan PD Tiara Management Corporation (PDTMC) pada 14 Februari 2015 telah membuat ketetapan sebulat suara untuk melaksanakan proses penukaran meter air pukal ke meter air individu. Sebagai makluman bahawa kemudahan asas seperti air dan elektrik masih lagi dibawah nama Ascentland Sdn Bhd. Buat masa sekarang, Untuk bil Air pihak Prima Inland Sea Resort Sdn Bhd (bagi pihak Ascentland Sdn Bhd) membuat pembayaran terlebih dahulu kemudian dicaj kepada setiap Pemilik mengikut kadar meter commercial Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan bagi bil elektrik pula bil dihantar kepada PDTMC mengikut bacaan meter TNB bagi meter “common area”.

Sehubungan itu usaha-usaha untuk menukar meter pukal ke meter individu perlu digerakkan. Migrasi ini adalah bertujuan mendapat kadar kediaman berbanding sekarang adalah kadar komersial. Kita juga mengakui bahawa  SAINS adalah pihak yang berautoriti untuk melakukan kerja bacaan meter dan kesalahan bacaan meter adalah terlalu minima. Disamping itu juga ianya juga bagi mengganti meter yang sedia ada sudah menjangkau 10 tahun.

Kadar caj untuk melakukan proses migrasi meter ini adalah sebanyak RM180.00. Bayaran ini adalah untuk RM70.00 sebagai deposit, RM40 upah pemasangan dan RM70.00 kos pentadbiran dan pengurusan. Semua pemilik perlu menyerahkan dan melengkapkan 3 dokumen kepada PDTMC sepertimana berikut:
 
1. Borang SAINS - Lengkapkan Maklumat Pemohon & Tandatangan Pemohon
2. Salinan kad pengenalan
3. Salinan hak milik strata (jika belum pindah milik, digantikan dengan salinan jual beli).

Peringatan:
Pertama: Pemilik petak diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan

Kedua: Pembayaran menggunakan cek hendaklah dibayar kepada PD Tiara Management Corporation.

Ketiga: Pembayaran melalui bank adalah kepada nombor akaun Malayan Banking Berhad 5122-4060-0916 atas nama PD Tiara Management Corporation.

Keempat: Sila kemukakan bukti pembayaran dengan memaklumkan No unit dan No. telefon untuk dihubungi serta maklumkan dengan jelas bahawa bayaran tersebut adalah bagi tujuan MIGRASI METER AIR INDIVIDU. Sekiranya pemilik pembayaran tanpa memaklumkan tujuan bayaran, maka pihak PD TiaraManagement Corporation akan menganggap bayaran tersebut adalah untuk caj penyelenggaraan.

Kelima: Permohonan kepada SAINS akan dibuat setelah pemilik membuat bayaran dan menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan pada atau sebelum 30 Jun 2015.

Sila hubungi PDTMC ditalian 06-6621896 / 0111-230 3201 untuk keterangan lanjut.

PD Tiara Management Corporation
Blok A, Level 1 (Next to lift A1)
PD Tiara Bay Apartments, Batu 13, Jalan pantai
71250 Pasir Panjang, Port Dickson
emel: pdtiaramc@gmail.com