Monday, 11 July 2016

PENDAKWAAN PEMILIK PD TIARA BAY YANG GAGAL MENJELASKAN CAJ PENYENGGARAAN




Pemilik-pemilik PD Tiara Bay Apartment yang gagal menjelaskan caj penyenggaraan telah dihadapkan ke Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata KPKT. Jika sabit kesalahan pemilik berkenaan boleh didenda sehingga RM5000.00, caj tambahan RM50 sehari dari Tarikh disabitkan kesalahan, caj tunggakan sedia ada, caj pengurusan dan pentadbiran pendakwaan dan kos-kos lain. Tindakan terakhir ialah aset aleh akan dilelong dan dipenjarakan. Hubungi pejabat pengurusan untuk mengelakkan tindakan pendakwaan. Sekarang sesi pendakwaan telah masuk kumpulan ke empat.

Saturday, 16 January 2016

BIL CUKAI TANAH PD TIARA BAY APART MPPD 2016

Kosnya RM13,972.00. Jom pakat bayar caj penyenggaraan. Terima kasih atas kerjasama.

PEMBAIKAN PAIP AIR BLOK A





Sokongan daripada pemilik dengan membuat bayaran penyenggaraan amat diperlukan ketika ini bagi memastikan kewangan yang mencukupi untuk membuat kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan. Jangan jadikan kediaman kita tempat berhantu.

Friday, 1 January 2016

KEJADIAN PEMBUANGAN SAMPAH DOMESTIK, PUKAL DAN PEPEJAL DI BLOK D2





Pembuangan sampah domestik, pukal dan pepejal oleh pemilik dan ejen yang tidak bertanggungjawab dikawasan tangga, parker dan harta bersama merupakan satu tindakan yang liar dan tidak bertanggungjawab. Semua pemilik dan ejen harus memahami bahawa pembuangan sampah domestik hendaklah dibuang kedalam tong-tong yang disediakan manakala sampah pukal dan pepejal hendaklah kontraktor yang dilantik oleh pemilik membuangnya diluar kawasan PD Tiara Bay Apartment.  
 
Ingat jika kotor, pengunjung tidak akan berkunjung lagi kesini dan ianya akan merugikan pemilik itu sendiri. Setiap pemilik hendaklah menjadikan pembuangan sampah ini ke tempat buangan merupakan prosedur kerja  ejen mereka sebelum membuat bayaran upah daripada kutipan sewaan.
 
"BERSIH TEMPAT, PAHALA DAPAT"