Thursday, 2 April 2015

KEEMPUNYAAN HARTA BERSAMA DAN PENJAGAAN DOKUMEN HAKMILIK KELUARAN

(1) Perbadanan pengurusan hendaklah, apabila tertubuhnya perbadanan itu, menjadi pemilik harta bersama dan penjaga dokumen hakmilik keluaran bagi lot itu.
(2) Perbadanan pengurusan hendaklah, berhubungan dengan harta bersama, mempunyai kuasa-kuasa yang diberi oleh Kanun Tanah Negara kepada pemilik berhubungan dengan tanahnya:
Dengan syarat bahawa-
(i) kecuali jika diperuntukkan dengan khusus selainnya dalam Akta ini, kuasa-kuasa tersebut boleh dijalankan hanya dengan kuasa ketetapan sebulat suara; dan
(ii) perbadanan itu tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan mana-mana bahagian harta bersama yang merupakan sebahagian daripada bangunan itu atau sebahagian daripada tanah yang di atasnya bangunan itu terdiri.
Rujukan; Bahagian VII: Pengurusan Bangunan Yang Dipecah Bahagi Bil:42

* "harta bersama" ertinya sekian banyak daripada lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak (termasuk mana-mana petak aksesori) atau mana-mana blok sementara sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diluluskan (Bahagian 1: Permulaan Bil.4 Tafsiran)