Friday, 1 May 2015

Kumpulan wang pengurusan

(1) Perbadanan pengurusan hendaklah menubuhkan suatu kumpulan wang pengurusan yang pada pendapat perbadanan pengurusan cukup untuk menampung apa-apa perbelanjaan tadbiran yang mungkin dilakukan bagi maksud-maksud mengawal, mengurus dan mentadbirkan harta bersama, membayar cukai, kadar dan premium insurans dan menjalankan apa-apa obligasi lain di pihak perbadanan pengurusan.

(2) Perbadanan pengurusan boleh melabur apa-apa wang dalam kumpulan wang pengurusan, tetapi hanya dalam apa-apa pelaburan atau mengikut apa-apa cata sebagaimana yang diluluskan di sesuatu mesyuarat agung.
(3) Tertakluk kepada seksyen 41A bagi maksud menubuhkan dan menyenggarakan kumpulan wang, psngurusan perbadanan boleh di suatu mesyuarat agung-

(a) menentukan dari semasa ke semasa amaun yang hendak didapatkan bagi maksud yang disebutkan dalam subseksyen (1);
(b) mendapatkan amaun yang ditentukan itu dengan melevi caruman atas pemilik-pemilik mengikut kadar unit syer atau unit syer sementara petak atau blok sementara masing-masing; dan

(c) menentukan amaun faedah yang kena dibayar oleh pemilik berkenaan dengan caruman lewat bayar yang tidaklah boleh melebihi kadar sepuluh peratus setahun.
(4) Atas permohonan oleh atau bagi pihak seseorang yang menjadi pemilik petak, atau oleh atau.bagi pihak bakal pembeli petak yang ditawarkan untuk dijual, atau oleh atau bagi pihak pemegang gadaian atau bakal pemegang gadaian petak, perbadanan pengurusan hendaklah mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan yang memperakui-

(a) amaun yang ditentukan, menurut subseksyen (3), sebagai caruman pemilik itu;
(b) masa dan cara pembayaran amaun yang ditentukan olehnya menurut subseksyen itu;

(c) setakat mana, jika ada, yang caruman itu telah dibayar;
(d) amaun, jika ada, yang ketika itu boleh didapatkan kembali oleh perbadanan pengurusan berkenaan dengan petak itu menurut subseksyen (5) seksyen 43;

(e) jumlah wang yang ada dalam kredit kumpulan wang pengurusan dan amaunnya daripada kumpulan wang itu yang terlibat atau dirizabkan untuk apa-apaperbelanjaan yang telahpun dilakukan oleh perbadanan pengurusan; dan
(f) sama ada atau tidak perbadanan pengurusan telah menanggung apa-apa perbelanjaan atau akan melaksanakan apa-apa kerja pembaikan, kerja atau perbuatan yang berkenaan dengannya liabiliti mungkin ditanggung oleh pemilik petak di bawah mana-mana peruntukan Bahagian ini dan, jika demikian, amaun yang dianggarkan bagi perbelanjaan atau jenis am kerja pembaikan, kerja atau perbuatan dan sebagai tanggungan terhadap perbadanan pengurusan dan bagi faedah mana-mana orang (termasuk ahli) yang bergantung dengan suci hati kepada perakuan tersebut, perakuan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara-perkara yang diperakui dalamnya.
 
 
(5) Apa-apa caruman yang dilevikan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu petak hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila diluluskan suatu ketetapan yang bermaksud sedemikian oleh perbadanan pengurusan dan mengikut termaterma ketetapan itu, dan boleh didapatkan kembali sebagai hutang daripada pemilik petak, atau pengganti dalam hakmilik petaknya itu.
(5e) Apa-apa caruman yang dilevikan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu blok sementara hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila diluluskan suatu ketetapan yang bermaksud sedemikian oleh perbadanan pengurusan dan mengikut terma-terma ketetapan itu, dan boleh didapatkan kembali sebagai hutang daripada pemilik blok sementata atau, jika bangunan yang dimaksudkan oleh blok sementara itu telah dipecahbahagikan, daripada pemilik-pemilik petak dalam bangunan itu, atau pengganti dalam hakmilik mereka mengikut kadar unit syer petak masing-masing.
(6) Bagi maksud subseksyen (5), perkataan "pemilik" hendaklah termasuk-

(a) orang yang pada masa itu menerima sewa bagi petak, sama ada sebagai ejen atau seorang pemegang amanah atau seorang penerima, dan yang akan menerima sewa jika petak itu disewakan kepada seorang penyewa; atau
(b) seseorang pembeli yang hendaklah didaftarkan sewajarnya sebagai seorang pemilik.

Rujukan: Akta 318, halaman 70.

Pengambilan Polisi Insurans 2015

Kepada semua pemilik PD Tiara Bay Apartment, mohon mengambil polisi insurans untuk diselaraskan dengan pihak bank pinjaman masing-masing. Penyelarasan ini akan membolehkan pemilik tidak perlu membayar insurans bertindih iaitu bayar kepada PDTMC dan bayar kepada bank.

Pemilik bertanggungjawab menyelaras dengan pihak bank masing-masing. Pemilik boleh menghantar polisi insurans melalui emel kepada pihak bank sepertimana berikut;

Affin Bank: yourvoice@affinbank.com.my
                   tllim@affinbank.com.my
Maybank: che.om@maybank.com.my 
AmBank: customercare@ambankgroup.com
                muthupalaniappan@ambankgroup.com
Alliance Bank: consumerloans@alliancefg.com
Bank Islam: feedbackchannel@bankislam.com.my
CIMB Bank: cimbclicks@cimb.com
RHB Bank: customer_service@rhbbank.com.my

Sekiranya pihak bank gagal memberi kerjasama yang baik, semua pemilik bolehlah menghantar aduan kepada Bank Negara Malaysia melalui emel; bnmtelelink@bnm.gov.my

Bagi mendapatkan polisi tersebut pemilik boleh menghubungi PDTMC ditalian 06-6621896 / 0111-2303201