(1) Perbadanan pengurusan
hendaklah menubuhkan suatu kumpulan wang pengurusan yang pada pendapat
perbadanan pengurusan cukup untuk menampung apa-apa perbelanjaan tadbiran yang
mungkin dilakukan bagi maksud-maksud mengawal, mengurus dan mentadbirkan harta
bersama, membayar cukai, kadar dan premium insurans dan menjalankan apa-apa obligasi
lain di pihak perbadanan pengurusan.
(2) Perbadanan pengurusan
boleh melabur apa-apa wang dalam kumpulan wang pengurusan, tetapi hanya dalam
apa-apa pelaburan atau mengikut apa-apa cata sebagaimana yang diluluskan di
sesuatu mesyuarat agung.
(3) Tertakluk kepada seksyen
41A bagi maksud menubuhkan dan menyenggarakan kumpulan wang, psngurusan
perbadanan boleh di suatu mesyuarat agung-
(a) menentukan dari semasa
ke semasa amaun yang hendak didapatkan bagi maksud yang disebutkan dalam subseksyen
(1);
(b) mendapatkan amaun yang
ditentukan itu dengan melevi caruman atas pemilik-pemilik mengikut kadar unit
syer atau unit syer sementara petak atau blok sementara masing-masing; dan
(c) menentukan amaun faedah
yang kena dibayar oleh pemilik berkenaan dengan caruman lewat bayar yang
tidaklah boleh melebihi kadar sepuluh peratus setahun.
(4) Atas permohonan oleh
atau bagi pihak seseorang yang menjadi pemilik petak, atau oleh atau.bagi pihak
bakal pembeli petak yang ditawarkan untuk dijual, atau oleh atau bagi pihak
pemegang gadaian atau bakal pemegang gadaian petak, perbadanan pengurusan hendaklah
mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan yang memperakui-
(a) amaun yang ditentukan,
menurut subseksyen (3), sebagai caruman pemilik itu;
(b) masa dan cara pembayaran
amaun yang ditentukan olehnya menurut subseksyen itu;
(c) setakat mana, jika ada,
yang caruman itu telah dibayar;
(d) amaun, jika ada, yang
ketika itu boleh didapatkan kembali oleh perbadanan pengurusan berkenaan dengan
petak itu menurut subseksyen (5) seksyen 43;
(e) jumlah wang yang ada
dalam kredit kumpulan wang pengurusan dan amaunnya daripada kumpulan wang itu yang
terlibat atau dirizabkan untuk apa-apaperbelanjaan yang telahpun dilakukan oleh
perbadanan pengurusan; dan
(f) sama ada atau tidak
perbadanan pengurusan telah menanggung apa-apa perbelanjaan atau akan melaksanakan
apa-apa kerja pembaikan, kerja atau perbuatan yang berkenaan dengannya
liabiliti mungkin ditanggung oleh pemilik petak di bawah mana-mana peruntukan Bahagian
ini dan, jika demikian, amaun yang dianggarkan bagi perbelanjaan atau jenis am
kerja pembaikan, kerja atau perbuatan dan sebagai tanggungan terhadap perbadanan
pengurusan dan bagi faedah mana-mana orang (termasuk ahli) yang bergantung dengan
suci hati kepada perakuan tersebut, perakuan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad
mengenai perkara-perkara yang diperakui dalamnya.
(5) Apa-apa caruman yang dilevikan
di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu petak hendaklah genap masa dan
kena dibayar apabila diluluskan suatu ketetapan yang bermaksud sedemikian oleh
perbadanan pengurusan dan mengikut termaterma ketetapan itu, dan boleh
didapatkan kembali sebagai hutang daripada pemilik petak, atau pengganti dalam
hakmilik petaknya itu.
(5e) Apa-apa caruman yang
dilevikan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu blok sementara
hendaklah genap masa dan kena dibayar apabila diluluskan suatu ketetapan yang
bermaksud sedemikian oleh perbadanan pengurusan dan mengikut terma-terma ketetapan
itu, dan boleh didapatkan kembali sebagai hutang daripada pemilik blok
sementata atau, jika bangunan yang dimaksudkan oleh blok sementara itu telah
dipecahbahagikan, daripada pemilik-pemilik petak dalam bangunan itu, atau
pengganti dalam hakmilik mereka mengikut kadar unit syer petak masing-masing.
(6) Bagi maksud subseksyen
(5), perkataan "pemilik" hendaklah termasuk-
(a) orang yang pada masa itu
menerima sewa bagi petak, sama ada sebagai ejen atau seorang pemegang amanah atau
seorang penerima, dan yang akan menerima sewa jika petak itu disewakan kepada
seorang penyewa; atau
(b) seseorang pembeli yang hendaklah
didaftarkan sewajarnya sebagai seorang pemilik.
Rujukan: Akta 318, halaman 70.