Berkuatkuasa mulai Ogos 2015 Perbadanan Pengurusan Tiara Bay Port Dickson akan mengurus sendiri harta bersama. Keputusan diambil setelah mengambil kira semua aspek dan insyaAllah ianya akan lebih menguntungkan bagi semua pemilik. Pihak PDTMC merakamkan ucapan setinggi penghargaan atas sumbangan dan jasa bakti PROHARTA sepanjang menguruskan apartment ini sebelum ini.
PDTMC juga ingin memperkenalkan (berbaju hijau) Puan Baizurah merupakan kerani pentadbiran mulai 3 Ogos 2015. PDTMC mengucapkan selamat bertugas dan mendoakan semoga beliau dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.