Friday, 4 December 2015

PEMOTONGAN BEKALAN AIR OLEH SAINS

Semua pemilik telah digemparkan dengan isu pemotongan bekalan air oleh SAINS di PD Tiara Bay Apartment pada 4 Disember 2015. Pelbagai respon daripada pemilik daripada isu ini kerana ianya melibatkan kepentingan sewaan unit kepada pelanggan.
Semua pemilik mesti memahami pengurusan air masih lagi dalam kawalan pihak D Tiara Cop bukannya PDTMC. Sekarang PDTMC telah membuat tindakan untuk permohonan migrasi meter air kepada individu namun sambutan daripada pemilik masih lagi mendukacitakan apatah lagi jika merujuk kepada isu caj penyenggaraan bulanan.
Sebagai makluman, bukan sekadar isu pemotongan bekalan air sahaja, sepatutnya lampu di koridor juga dipotong kerana kos penyenggaraan sekarang adalah tinggi berbanding kutipan caj bulanan. Setakat ini PDTMC masih boleh bertahan tetapi ada masa dan ketikanya PDTMC tidak mampu berbuat apa-apa melainkan semua bekalan elektrik dipotong disebabkan kesalahan dan kealpaan pemilik gagal menjelaskan caj bulanan. Kita amat menyedari pada setiap hujung minggu dan bulan terdapat pemilik yang dapat mengutip duit kutipan sewaan samaada melalui secara persendirian, ejen, koptiara dan PRCC namun liat dan gagal menjelaskan caj bulanan. Namun begitu pihak PDTMC amat menghargai kepada pemilik-pemilik yang telah membuat bayaran secara konsisten dan diharapkan bersama menjalankan kempen kesedaran ini bersama pemilik-pemilik lain.
Sudah sampai masanya semua pemilik untuk lebih bertanggungjawab terhadap caj penyenggaraan demi keselesaan dan kecejahteraan bersama bertepatan dengan ajaran Islam sepertimana sabda Rasulullah " tidak beriman seseorang kamu yang menyakiti hati jiran".