(1)
Tugas-tugas perbadanan pengurusan termasuklah yang berikut:
(a) untuk mengurus dan menyenggarakan
mengikut apa-apa bentuk yang ditetapkan dan dengan sempurna harta bersama dan
menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang boleh-guna;
(b) untuk menginsuranskan
dan sentiasa menginsuranskan bangunan atau tanah yang telah dipecahbahagikan
itu, sebanyak nilai gantiannya terhadap kebakaran dan apa-apa risiko lain sebagaimana
yang ditetapkan di bawah Akta ini;
(c) untuk mengambil apa-apa
insurans lain bagi bangunan atau tanah yang dipecahbahagikan sebagaimana yang dikehendaki
oleh undang-undang;
(d) untuk menginsuranskan
terhadap apa-apa risiko lain sebagaimana yang diarahkan oleh pemilik-pemilik melalui
ketetapan khas;
(e) untuk menggunakan wang
insurans yang diterimanya berkenaan dengan kerosakan kepada bangunan atau tanah
yang dipecah bahagi dalam membina semula dan memulihkannya setakat yang ia sah
di sisi undang-undang untuk berbuat demikian, tertakluk kepada apa- apa perintah
yang dibuat oleh mahkamah di bawah seksyen 56;
(f) untuk membayar premium
bagi apa-apa insurans yang diambilnya;
(g) untuk mematuhi apa-apa notis
atau perintah yang diberi atau dibuat-oleh mana-mana pihak berkuasa awam atau berkanun
yang layak menghendaki pemberhentian apaapa kacau ganggu atas harta bersama,
atau mengarahkan kerja-kerja pembaikan atau lain-lain kerja yang hendak dibuat
berkenaan dengan harta bersama itu atau manamana bangunan atau tanah atau
perbaikan lain atas lot itu:
(h) untuk mematuhi apa-apa notis
atau perintah sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (g) yang diberi atau
dibuat berkenaan dengan mana-mana petak, jika pemilik gagal berbuat demikian
dalam masa yang munasabah;
(i) untuk menyediakan dan
menyenggarakan suatu daftarai Strata bagi bangunan atau tanah yang dipecah
bahagi.
(2)
Kuasa-kuasa perbadanan pengurusan hendaklah termasuk yang berikut:
(a) untuk mendapatkan
kembali daripada mana-mana pemilik petak itu dalam mematuhi apa-apa notis atau
perintah sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (f) subseksyen (1);
(b) untuk membeli, menyewa
atau selainnya memperolehi harta alih untuk kegunaan oleh pemilik berkaitan
dengan penikmatan harta bersama oleh mereka;
(c) untuk meminjam wang yang
dikehendakinya dalam menjalankan kuasa-kuasanya atau melaksanakan tugas-tugasnya;
(d) untuk menjamin pembayaran
balik wang yang dipinjamnya dan pembayaran faedah ke atasnya melalui suratcara
boleh-niaga atau melalui tanggungan caruman-caruman yang tidak berbayar kepada
kumpulan wang pengurusan, (sama ada telah pun dilevi atau tidak) melalui
gadaian mana-mana harta yang terletak hak
kepadanya atau melalui suatu kombinasi antara mana-mana dari cara
tersebut;
(e) sepanjang tempoh
permulaan memungut dengan cara caruman daripada pemilik petak yang berkadaran dengan
syer unit bagi petak mereka masing-masing; dan
(f) untuk membuat segala
perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan tugas-tugasnya di bawah Bahagian
ini dan bagi penguatkuasaan undang-undang kecil yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga.
(3)
Perbadanan pengurusan hendaklah disifatkan-
(a) bagi maksud mengambil
apa-apa insurans di bawah perenggan (b) atau (c) subseksyen (l), sebagai mempunyai
kepentingan boleh insurans dalam bangunan yang dipecah bahagi yang sama dengan
nilai gantiannya; dan
(b) bagi maksud mengambil
apa-apa insurans di bawah perenggan @ subseksyen (1), sebagai mempunyai kepentingan
boleh-insurans dalam hal perkara insurans itu.
(4)
Sesuatu polisi insurans yang diambil oleh perbadanan pengurusan di
bawah seksyen ini berkenaan dengan bangunan yang dipecah bahagi tidaklah boleh
digabungkan dengan mana-mana polisi insurans yang lain, kecuali jika suatu
polisi yang lain diambil olehnya di bawah seksyen ini berkenaan dengan bangunan
yang dipecahbahagikan itu juga.
(5)
Di mana perbadanan
pengurusan menjalankan apa-apa kerja pembaikan, kerja atau perbuatan yang
dikehendaki atau diberi kuasa oleh atau di bawah Bahagian ini atau oleh
atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain untuk melaksanakan
(sama ada atau tidak kerja pembaikan, kerja atau perbuatan telah dilaksanakan
berikutan dengan penyampaian apa-apa notis atau perintah kepadanya oleh
mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa berkanun), tetapi kerja pembaikan, kerja
atau perbuatan itu adalah keseluruhannya atau sebahagian besarnya menjadi
tanggungan atau tanggungjawab pemilik sesuatu petak sahaja, atau keseluruhannya
atau sebahagian besarnya untuk faedah beberapa petak sahaja, apa-apa wang yang
dibelanjakan oleh perbadanan pengurusan dalam menjalankan kerja pembaikan,
kerja atau perbuatan itu hendaklah:
a) dalam hal di mana kerja pembaikan,
kerja atau perbuatan adalah keseluruhannya atau sebahagian besarnya menjadi
tanggungan atau tanggungjawab pemilik suatu petak sahaja, bolehlah didapatkan
kembali oleh perbadanan pengurusan melalui sesuatu tindakan dalam mahkamah
berbidangkuasa kompeten sebagai hutang yang genap masanya kena dibayar secara
bersesama dan berasingan daripada-
(i) pemilik petak yang
berkenaan pada masa bila kerja pembaikan, kerja atau perbuatan dilaksanakan;
dan
(ii) pemilik petak yang
berkenaan pada masa bila tindakan dimulakan; atau
(b) dalam hal di mana kerja pembaikan,
kerja atau perbuatan adalah keseluruhannya atau sebahagian besarnya bagi faedah
beberapa petak sahaja, atau keseluruhannya atau sebahagian besarnya menjadi
tanggungan atau tanggungjawab pemilik beberapa petak sahaja, boleh didapatkan
kembali oleh perbadanan pengurusan melalui sesuatu tindakan dalam mahkamah
berbidangkuasa kompeten sebagai hutang yang genap masanya kena dibayar
bersesama dan berasingan daripada-
(i) pemilik yang berkenaan
bagi setiap petak tersebut pada masa bila kerja pembaikan, kerja atau perbuatan
dilaksanakan; dan
(ii) pemilik yang berkenaan
bagi setiap petak tersebut pada masa bila tindakan dimulakan, amaun yang kena
dibayar oleh mana-mana pemilik dan bekas pemilik berkenaan dengan mana-mana
petak yang tidak lebih daripada kadar hutang itu yang unit syer petak itu
berbanding pula dengan jumlah unit syer bagi kesemua petak itu.
(6)
Pemilik suatu petak yang bukan pemilik petak tersebut pada masa kerja
pembaikan, kerja atau perbuatan yang disebutkan dalam subseksyen (5)
telah dijalankan tidaklah bertanggungan membayar kepada perbadanan pengurusan
apa-apa amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen tersebut jika dia telah,
pada bila-bila masa pada atau dalam masa dua puluh satu hari sebelum tarikh dia
memperolehi hakmilik atau kepentingan dalam petak itu, membuat rekuisisi secara
bertulis kepada perbadanan pengurusan untuk bertanyakan tentang amaun (iika ada)
yang boleh didapatkan kembali oleh perbadanan pengurusan di bawah subseksyen
itu berkenaan dengan petak tersebut dan perbadanan pengurusan telah-
(a) memperakui bahawa tidak
ada amaun yang boleh didapatkan kembali oleh perbadanan pengurusan berkenaan dengan
petak itu; atau
(b) tidak memberikan jawapan
kepada rekuisi tersebut pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari dari
tarikh penyampaian rekuisisi itu.
(7)
Jika perbadanan pengurusan menanggung apa-apa perbelanjaan atau melaksanakan
apa- apa kerja pembaikan, kerja atau perbuatan yang dikehendaki atau dibenarkan
oleh atau di bawah Bahagian ini atau oleh atau di bawah mana-mana undang-undang
bertulis lain untuk melaksanakan (sama ada perbelanjaan telah ditanggung
ataupun belum atau kerja pembaikan, kerja atau perbuatan telah dilaksanakan
ataupun belum berikutan dengan penyampaian apa-apa notis atau perintah
kepadanya oleh mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa berkanun) dan
perbelanjaan atau kerja pembaikan, kerja atau perbuatan itu dijadikan perlu oleh
sebab apa-apa perbuatan atau ketirig galan yang sengaja atau cuai di pihak,
atau pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan undang-undang kecilnya oleh,
mana-mana orang atau tenan, penerima pajak, pemegang lesen atau orang
jemputannya, amaun perbelanjaan itu atau apa-apa wang yang dibelanjakan olehnya
dalam menjalankan kerja pembaikan, kerja atau perbuatan bolehlah didapatkan
kembali olehnya daripada orang tersebut sebagai hutang melalui tindakan dalam
mana-mana mahkamah berbidangkuasa kompeten.
(8)
Keluasan makna seksyen ini tidaklah terjejas oleh mana-mana peruntukan lain
dalam Bahagian ini yang memberi kuasa kepada atau mempertanggungjawabkan tugas
ke atas perbadanan pengurusan.
Rujukan; Bahagian VII:
Pengurusan Bangunan Yang Dipecah Bahagi Bil:43