Tuesday, 29 December 2015

KUMPULAN PERTAMA JANUARI 2016 MIGRASI METER AIR PDTMC

Mesyuarat Agung Tahunan Kelima yang telah diadakan pada 14 Februari 2015 telah mencapai kata sepakat untuk “anggaran kos migrasi meter air individu” adalah sebanyak RM180 bagi satu unit petak. Pecahan kos migrasi meter air individu adalah seperti berikut:
1)    Deposit pemasangan (SAINS)                       : RM70.00

2)    Kos pemasangan meter (SAINS)                   : RM40.00

3)    Kos pentadbiran (Service Caj)                       : RM70.00

JUMLAH                                                       : RM180.00
 
Walaubagaimanapun, pada 13 Disember 2015 pihak Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (SAINS) telah bermesyuarat bersama Ahli Majlis PD Tiara Management Corporation (PDTMC). Sehubungan itu berlaku sedikit perubahan kadar bayaran  bagi  pemasangan meter petak individu bagi 1 unit. Pecahan bayaran adalah seperti berikut :

  1. Bayaran deposit kepada Syarikat               :           RM 112.40 (termasuk GST)
         Air Negeri Sembilan Sdn.Bhd.


  1. Caj pemasangan dan dokumentasi            :           RM 87.60 (termasuk GST)
         oleh kontraktor SAINS

  1. Caj pentadbiran PD Tiara Management     :           RM 70.00
          Corporation

JUMLAH KESELURUHAN                          :           RM 270.00


Perlaksanaan prosedur di atas adalah melalui mekanisma berikut:
1)    Setiap pemilik perlu membuat bayaran RM 270.00 dan menyerahkan dokumen-dokumen-dokumen seperti berikut:
1.1  Salinan kad pengenalan
1.2  Borang 009 dan borang 2 SAINS
1.3  Salinan Hak milik strata / perjanjian jual beli / cukai taksiran
1.4  Salinan bukti bayaran
 
2)   Pembayaran menggunakan cek hendaklah dibayar kepada PD TIARA MANAGEMENT CORPORATION.
3)   Pembayaran melalui bank adalah kepada nombor akaun MALAYAN BANKING BERHAD 5122-4060-0916.
4)    Sila kemukakan bukti pembayaran dengan memaklumkan No unit, No. invois dan No. telefon untuk dihubungi serta maklumkan dengan jelas bahawa bayaran tersebut adalah bagi tujuan MIGRASI METER AIR INDIVIDU.
5)    Sekiranya pembayaran yang diterima tidak mengikut Perkara 4, maka pihak PD Tiara Management Corporation akan menganggap bayaran tersebut adalah untuk caj penyelenggaraan.
 
NOTA :
BAGI TUJUAN PENUKARAN METER PUKAL (CAJ COMMERCIAL RATE) KEPADA METER INDIVIDU (CAJ INDIVIDUAL RATE) :-
1.   PEMILIK HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU MENJELASKAN BAYARAN TUNGGAKAN PENYELENGARAAN (maintenance, sinking fund & quit rent) SEHINGGA DISEMBER 2015.
2.   PEMILIK HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU MENJELASKAN BAYARAN TUNGGAKAN BIL AIR SEMASA DENGAN PIHAK PRCC.
3.    BAYARAN DAN SERAHAN DOKUMEN PERLU DIBUAT PADA ATAU SEBELUM 15 JANUARI 2015


Sunday, 20 December 2015

JEMPUTAN MASUK GROUP FACEBOOK PEMILIK PD TIARA BAY APARTMENT

Semua pemilik dijemput untuk menyertai perbincangan berkenaan hartanah kita dalam group ini. Sila hantarkan message ke FB Rumah Percutian Ibnu Hazim dengan memperkenalkan diri, nombor unit, alamat emel. Semoga group ini akan memberi manfaat kepada pemilik semua.

Saturday, 19 December 2015

PEMBAIKAN LIF D2 BLOCK D DI PD TIARA BAY APARTMENT

Kerja-kerja pembaikan lif sedang dibuat untuk memastikan keselasaan pengunjung di blok D.
Sehubungan dengan itu juga semua pemilik diminta mendaftarkan emel masing-masing dengan menyatakan nama, nombor unit, alamat emel dan add friend Facebook; Rumah Percutian Ibnu Hazim sekiranya tidak pernah menerima sebarang emel berkenaan perkembangan hartanah kita dari darulmukmin@yahoo.com.my

BENGKEL STRATEGI PEMASARAN KOPTIARA

Bengkel strategi pemasaran Koperasi Pemilik PD Tiara Bay Apartment (koptiara) telah disampaikan oleh En. Aziz, Pengurus Grand Hotel (dulu dikenali Selesa Hotel) Port Dickson.

SUMBANGAN PEMADAM API OLEH KOPTIARA

Untuk memastikan tahap dan jaminan keselamatan kepada pengunjung maka Koperasi Pemilik PD Tiara Bay Apartment telah menyumbangk kepada PDTMC sebanyak 2 alat pemadam api. Semua pemilik diseru untuk menyertai KOPTIARA bagi memastikan unit-unit pemilik dapat diurus dengan professional.

KEBOCORAN PAIP ROOFTOP BLOK A

Kerja-kerja pemeriksaan dan penyenggaraan telah dibuat. Kemungkinan bekalan air terpaksa ditutup sekiranya ia melibatkan keselamatan dan kemudaratan kepada pengunjung dan pemilik.  Semua pemilik dimohon bersabar, segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas kesabaran semua.

 
 

Thursday, 17 December 2015

AMARAN SITA OLEH MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

Kepada Pemilik PD Tiara Bay Apartment yang mempunyai tunggakan cukai taksiran perlu menjelaskan serta merta untuk mengelakkan unit disita oleh MPPD.

Wednesday, 16 December 2015

EKSEKUTIF AKAUN BARU

PDTMC merakamkan ucapan selamat datang dan bertugas kepada eksekutif akaun baru Cik Hidayah. Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
Sebagai tanda sokongan peningkatan kualiti pentadbiran, semua pemilik perlu membuktikan kutipan bayaran caj penyenggaraan akan meningkat pada bulan ini. JOM BAYAR...

Saturday, 5 December 2015

G0203 UNIT BARU KOPTIARA URUSKAN

Koperasi Pemilik PD Tiara Bay Apartment (KOPTIARA) telah menerima satu unit lagi iaitu G0203 Apartment 2 bilik untuk diuruskan.
Marilah semua kita bersatu dalam KOPTIARA untuk memudahkan urusan perbincangan dengan PRCC berkenaan sewaan, fasiliti-fasiliti dan penggunaan taman tema air.

PERMOHONAN PENGGUNAAN ASTRO

Semua pemilik dimohon untuk membuat permohonan secara rasmi kepada Perbadanan Pengurusan PD Tiara Bay Apartment untuk pemasangan Astro bagi mengatasi masalah liputan siaran televisyen.
Penyelarasan pemasangan Astro perlu dibuat untuk memastikan bangunan apartment sentiasa berkeadaan ceria.

Friday, 4 December 2015

PEMOTONGAN BEKALAN AIR OLEH SAINS

Semua pemilik telah digemparkan dengan isu pemotongan bekalan air oleh SAINS di PD Tiara Bay Apartment pada 4 Disember 2015. Pelbagai respon daripada pemilik daripada isu ini kerana ianya melibatkan kepentingan sewaan unit kepada pelanggan.
Semua pemilik mesti memahami pengurusan air masih lagi dalam kawalan pihak D Tiara Cop bukannya PDTMC. Sekarang PDTMC telah membuat tindakan untuk permohonan migrasi meter air kepada individu namun sambutan daripada pemilik masih lagi mendukacitakan apatah lagi jika merujuk kepada isu caj penyenggaraan bulanan.
Sebagai makluman, bukan sekadar isu pemotongan bekalan air sahaja, sepatutnya lampu di koridor juga dipotong kerana kos penyenggaraan sekarang adalah tinggi berbanding kutipan caj bulanan. Setakat ini PDTMC masih boleh bertahan tetapi ada masa dan ketikanya PDTMC tidak mampu berbuat apa-apa melainkan semua bekalan elektrik dipotong disebabkan kesalahan dan kealpaan pemilik gagal menjelaskan caj bulanan. Kita amat menyedari pada setiap hujung minggu dan bulan terdapat pemilik yang dapat mengutip duit kutipan sewaan samaada melalui secara persendirian, ejen, koptiara dan PRCC namun liat dan gagal menjelaskan caj bulanan. Namun begitu pihak PDTMC amat menghargai kepada pemilik-pemilik yang telah membuat bayaran secara konsisten dan diharapkan bersama menjalankan kempen kesedaran ini bersama pemilik-pemilik lain.
Sudah sampai masanya semua pemilik untuk lebih bertanggungjawab terhadap caj penyenggaraan demi keselesaan dan kecejahteraan bersama bertepatan dengan ajaran Islam sepertimana sabda Rasulullah " tidak beriman seseorang kamu yang menyakiti hati jiran".

Saturday, 7 November 2015

Eksekutif Pengurus Bangunan Baru

Mulai 1 November 2015 Cik Hasina akan bertugas sebagai Eksekutif Pengurus Bangunan bagi mengurus dan menyelia pentadbiran PD Tiara Bay Apartment.
 
Sehubungan dengan itu, semua pemilik dimohon memberi kerjasama sebaik mungkin untuk membantu dan memudahkan kerja-kerja beliau sepanjang bertugas disini. Segala kerjasama daripada pemilik amat dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Thursday, 8 October 2015

DAKWAAN PANGGILAN TELEFON TIDAK DIJAWAB

Terdapat dakwaan dimana pemilik menyatakan pihak PDTMC sukar dihubungi dan tidak menjawab apabila mereka membuat panggilan. Dakwaan ini mungkin betul dan mungkin tidak betul,  jadi untuk mengatasi masalah ini sila tinggalkan pesanan melalui SMS setelah pihak PDTMC gagal menjawab panggilan. SILA NYATAKAN NAMA DAN NOMBOR UNIT ANDA DAN NYATAKAN TUJUAN PANGGILAN.
 
Pemilik boleh printscreen SMS sebagai bukti panggilan telah dibuat, jadi baru lah adil dakwaan dan berasas. Kita tidak boleh membudayakan dakwaan liar tanpa bukti bagi  berlaku adil kepada semua pihak.
 
 

ADUAN TUNGGAKAN CUKAI TANAH 2015

Ada pemilik yang telah membuat aduan mengenai tunggakan Cukai Tanah PDTMC kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan yang mencecah RM30,076.00 berdasarkan dokumen yang ditunjukkan. Jika diperhatikan, jelas tunggakan cukai tanah ini tidak dikemas kini kerana TANPA TARIKH dan PDTMC telah menegaskan tiada tunggakan bagi Tahun 2015.
 
Jika pemilik masih nak mengadu, klik disini;

Kempen Akaun Maybank PDTMC Sebagai Favourite Untuk Memudahkan dan Mempercepatkan Bayaran Caj

Jadikan akaun Maybank Perbadanan Pengurusan Tiara Bay Apartment (PDTMC) sebagai favourite untuk memudahkan dan mempercepatkan bayaran serta terjamin.

Langkah pertama: Tekan account & banking, kemudian tekan transfer dan tekan favourite 3rd party account transfer

 
Langkah kedua: Tekan third party transfer

Langkah ketiga: tekan add

Langkah keempat. Masukkan semua maklumat ringkas yang diperlukan seperti
1. nombor akaun PDTMC : 5122 4060 0916
2. nama: PD Tiara Management Corporation
3. alamat emel: pdtiaramc@gmail.com untuk menjadikan pihak bank menghantar maklumat bayaran secara terus kepada PDTMC melalui emel yang didaftarkan.
 
Seterusnya, tekan continue dan comfirm.



Selepas selesai menjadikan akaun maybank PDTMC sebagai favourite maka bolehlah membuat bayaran dengan lebih mudah.
Pertama setelah memasuki maybank2u.  Pilih transfer

langkah kedua, masukan maklumat dengan jelas dan ringkas, nombor unit, nama dan nyatakan caj apa.

Ketiga: Tekan comfirm

Keempat; Tekan Print dan simpan dalam bentuk hardcopy & Save dalam bentuk softcopy untuk rujukan dan pembuktian. 

Kelima boleh print dan save.
 
Pemilik tidak perlu menghantar resit bayaran melalui emel atau fax kepada PDTMC kerana ianya memadai di langkah ketiga iaitu pemilik memasukkan nombor unit, nama dan nyatakan caj apa. Dengan kaedah ini pihak bank akan terus menghantar emel kepada PDTMC.
 
Sekiranya pemilik tidak menerima resit bayaran dalam tempoh 40 hari dari tarikh membuat transfer, sila buat aduan kepada PDTMC dengan klik disini;
 

Wednesday, 7 October 2015

STATUS WATSAP GROUP PEMILIK APARTMENT PD TIARA

Sebagai makluman pemilik status watsap group pemilik apartment PD Tiara adalah satu kumpulan pemilik yang berkongsi segala hal termasuklah masalah dan halatuju hartanah ini. Namun diingatkan ianya bukan satu cara rasmi untuk membuat aduan kepada Perbadanan Pengurusan Apartment Tiara Bay (PDTMC) walaupun didalamnya terdapat ahli majlis PDTMC. Ianya dibuat atas kapasiti dan inisiatif persendirian dan tiada kena mengena dengan PDTMC.
 
Walaupun demikian segala perbincangan dan perkongsian amat digalakkan dan tidak menggunakan kata-kata kesat, sekiranya pemilik menggunakan kata-kata kesat maka pihak pentadbir watsap group berhak mengeluarkannya dari group tersebut.
 
Segala aduan rasmi kepada PDTMC hendaklah dibuat dengan klik disini;
http://rozmanhazim.blogspot.my/search/label/aduan

Sunday, 4 October 2015

Kebocoran Paip Blok E

Kebocoran paip air laluan dari waterpark ke pam. Dibawah kuasa dan pengawasan PRCC dan sedang diselenggara oleh kontraktornya.

Sunday, 6 September 2015

LIF BLOCK A1 MENGALAMI KEROSAKAN

PDTMC ingin memaklumkan bahawa lif Block A1 telah mengalami kerosakan pada 4 Jun 2015. Sehubungan dengan itu operasi lif ini terpaksa dihentikan sementara. Sebagaimana sedia maklum penyenggaraan lif ini terlibat dengan kos yang tinggi maka diharapkan semua pemilik dapat menunaikan tanggngjawab menjelaskan semua caj penyenggaraan dan tunggakan.

Wednesday, 2 September 2015

ISU TIDAK MENERIMA INBOIS DARIPADA PDTMC

Secara asasnya penghantaran inbois kepada semua pemilik pada setiap bulan. Jika terdapat pemilik yang masih belum menerima inbois, bolehlah menghantar aduan.

KLIK disini
http://rozmanhazim.blogspot.com/2015/08/hubungi-pd-tiara-management-corporation.html

Tuesday, 18 August 2015

Blok F terputus bekalan air

Sekarang kerja-kerja membaiki paip yang rosak dan pecah Di blok F sedang giat dijalankan bagi mengatasi masalah bekalan air. Segala kesulitan amat dikesali.

Monday, 10 August 2015

Pertanyaan, Aduan, Cadangan dan Maklumbalas PD Tiara Management Corporation

Sila hubungi kakitangan dan staff PDTMC untuk sebarang perbincangan dan pertanyaan;
PD Tiara Management Corporation
Blok A, Level 1 (Next to lift A1)
PD Tiara Bay Apartments, Batu 13, Jalan pantai
71250 Pasir Panjang, Port Dickson
Telefon: 06-6621896
Telefon Bimbit: 0111-2303201
emel: pdtiaramc@gmail.com
 
Setelah menghubungi kakitangan dan staff PDTMC, sebarang maklumbalas, aduan dan cadangan untuk penambahbaikan, sila emelkan kepada saya ke darulmukmin@yahoo.com.my.

Maklumat yang lengkap mengandungi APA yang hendak diadu secara jelas dan spesifik, BAGAIMANA ianya berlaku, BILA berlaku (tarikh dan Masa), SIAPA terlibat (nama pemilik, nombor unit & nama staff @ kakitangan PDTMC), DIMANA, (nyatakan tempat) dan sekiranya ada CADANGAN PENYELESAIAN, boleh nyatakan.

Kawalan Keselamatan Tiara Bay Apartment

Sebagai makluman kepada pemilik, mulai 1 Ogos 2015 kawalan keselamatan telah diserahkan kepada pihak Primaland Resort Convention Centre.
Antara skop tugas dan bidang kuasa ialah membuat rondaan keselamatan dan penguatkuasaan kawalan keluar masuk kawasan apartment. Bagi mana-mana unit yang mempunyai tunggakan caj penyenggaraan maka pengawal keselamatan berhak melarang pemilik, penyewa, pelanggan dan tetamu pemilik daripada memasuki kawasan ini melalui kenderaan atau meletak kenderaan dikawasan parkir dalam Apartment Tiara Bay.



Status Blog Ini

Sebagai makluman kepada semua pemilik PD Tiara Bay Apartment, blog ini merupakan blog peribadi saya selaku ahli majlis PDTMC. Semoga ianya sedikit sebanyak menjawab persoalan-persoalan pemilik dan menerima maklumat-maklumat yang ingin disampaikan oleh PDTMC. Sekiranya terdapat kekhilafan dan percanggahan maklumat dengan maklumat daripada PDTMC maka maklumat rasmi PDTMC melalui notis dan surat adalah rujukan muktamad.   

Tuesday, 4 August 2015

Pembaikan Tangki Air Blok D

Semua tangki air di semua blok di PD Tiara Apartment amat memerlukan pembaikan. Kos untuk membaiki di Blok ini sahaja mencecah RM26,500.00. Sekarang kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan sebarang kesulitan semasa menjalankan kerja-kerja ini amat dikesali.
 
PDTMC amat berharap semua pemilik akan terus memberi sokongan dengan membuat bayaran penyenggaraan untuk memastikan semua tangki air dapat diselengara dengan baik.

Monday, 3 August 2015

Visi dan Misi PD Tiara Bay Apartments Management Corporation

VISI

Menjadikan PD Tiara Bay Apartments sebagai sebuah apartment yang memenuhi kepuasan penduduk menjelang 2020 dengan menyebarkan maklumat yang telus, tepat dan mudah
MISI

1) Menguruskan PD Tiara Bay Apartments secara efektif dan cekap.
2) Memberikan perkhidmatan pengurusan hartanah di PD Tiara Bay Apartments yang berkesan dari segi undang-undang, pantas dari segi penyelesaian dan memudahkan dari segi kos.
3) Menguruskan kewangan PD Tiara Management Corporation dengan cekap, berkesan dan berkhemah berlandaskan undang-undang, peraturan dan arahan semasa.
4) Menyediakan perkhidmatan meliputi piawaian keselamatan, kualiti dan kemudahan yang terbaik kepada penduduk PD Tiara Bay Apartments.
5) Mengamalkan etika kerja profesional memenuhi kehendak penduduk serta mewujudkan hubungan yang baik dengan penduduk.
6) Memupuk tahap integriti profesionalisme yang tinggi dengan matlamat meraih kepercayaan penduduk yang berurusan dengan PD Tiara Management Corporation.

 

Sunday, 2 August 2015

PDTMC Urus Sendiri...

Berkuatkuasa mulai Ogos 2015 Perbadanan Pengurusan Tiara Bay Port Dickson akan mengurus sendiri harta bersama. Keputusan diambil setelah mengambil kira semua aspek dan insyaAllah ianya akan lebih menguntungkan bagi semua pemilik. Pihak PDTMC merakamkan ucapan setinggi penghargaan atas sumbangan dan jasa bakti PROHARTA sepanjang menguruskan apartment ini sebelum ini.
 
PDTMC juga ingin memperkenalkan (berbaju hijau) Puan Baizurah merupakan kerani pentadbiran mulai 3 Ogos 2015. PDTMC mengucapkan selamat bertugas dan mendoakan semoga beliau dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

Tuesday, 28 July 2015

JAWATAN KOSONG...SEGERA DI PD TIARA MANAGEMENT CORPORATION

PD TIARA MANAGEMENT CORPORATION.

TEMUDUGA; BOLEH JUGA WALKIN PADA 2 OGOS 2015 JAM 12.30 TENGAHARI. EMELKAN RESUME SEBELUM ATAU PADA 31 JULAI 2015
 
JAWATAN SEGERA

v  Eksekutif Pengurus Bangunan

Sekurang-kurangnya Diploma/Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengurusan Harta atau Diploma/Ijazah yang setaraf dengannya atau berpengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam lapangan pengurusan harta.

Gaji yang akan ditawarkan adalah bermula daripada RM2,000 – RM4,000.00 sebulan bergantung pada kelayakan dan pengalaman.


v  Eksekutif Akaun

Perlulah mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang akaun atau sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang yang sama.

Gaji yang akan ditawarkan adalah bermula daripada RM1,500 – RM2,500.00 sebulan bergantung pada kelayakan dan pengalaman.

v  Pegawai Tadbir / Kerani

Perlulah mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pendidikan Malaysia dan mempunyai kemahiran asas komputer.

Gaji yang akan ditawarkan adalah bermula daripada RM1,000.00 – RM2,000.00 sebulan  bergantung pada kelayakan dan pengalaman.


FAEDAH – FAEDAH DITAWARKAN

ü  EPF + SOCSO

ü  Cuti tahunan & lain-lain

CARA MEMOHON:

1)    Calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan resume atau profil peribadi yang lengkap berserta gambar berukuran passport.

2)    Semua permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan sijil-sijil (akademik, professional dan sebagainya) yang berkaitan. 

3)    Permohonan hendaklah diemailkan atau diposkan kepada:

PD TIARA MANAGEMENT CORPORATION
Block A, Level 1, (Next to Lift 1A),
PD Tiara Bay Apartments, Batu 13, Jalan Pantai,
71250 Pasir Panjang, Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-6621896 Fax: 06-6621897 Email: pdtiaramc@gmail.com

Nota:

i)  Hanya calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Saturday, 4 July 2015

Akta 757 Berkuatkuasa 1 Jun 2015

Berkuatkuasa 1 Jun 2015: antara kandungan akta 757 ialah kegagalan membayar caj penyenggaraan boleh didenda hingga RM5000.00, penjara hingga 3 tahun serta tambahan denda harian RM50.00 selepas disabitkan serta penyitaan dan penahanan harta alih pemilik

Tuesday, 16 June 2015

Pendaftaran dan kemaskini alamat emel pemilik PD Tiara Bay Apartment

Semua pemilik PD Tiara Bay Apartment dimohon mendaftarkan dan mengemaskini alamat emel masing-masing dengan pihak PDTMC bagi memastikan segala maklumat akan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan selamat.
 
Pendaftaran boleh dibuat melalui emel darulmukmin@yahoo.com.my dengan menyatakan nama, nombor unit dan nombor telefon.
 
"Permudahkan, jangan menyukarkan" - al-Hadis

Monday, 15 June 2015

Prosedur dan Borang Migrasi Air Terkini

Mulai Jun 2015, Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan telah membuat penambahbaikan permohonan migrasi air. Dengan prosedur baru ini maka semua pemilik yang telah menghantar borang sebelum ini dikehendaki mengisinya sekali lagi. Dua dokumen yang perlu dilengkapkan ialah:
Pertama: Borang Permohonan Bekalan Air
Kedua: Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air
Kedua-dua borang ini boleh didownload, Klik disini
http://portal.sainswater.com/v1/bm/ 
 
Walaubagaimanapun terma syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh PDTMC telah ditambah iaitu kriteria keutamaan pemprosesan pemohonan migrasi air iaitu TIADA TUNGGAKAN CAJ PENYENGGARAAN.
 
Maklumat-maklumat berkenaan migrasi air sebelum ini, KLIK disini http://rozmanhazim.blogspot.com/2015/02/proses-penukaran-meter-air-pukal-ke.html


Borang Permohonan Bekalan Air




Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air (22 muka surat)
 





Cara Download Dokumen




Sila hubungi PDTMC ditalian 06-6621896 / 0111-230 3201 untuk keterangan lanjut.
PD Tiara Management Corporation
Blok A, Level 1 (Next to lift A1)
PD Tiara Bay Apartments, Batu 13, Jalan pantai
71250 Pasir Panjang, Port Dickson
emel: pdtiaramc@gmail.com